THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 12, 2011

dalam tempoh terdekat ni,macam-macam masalah menimpa menyebabkan aku tak ada semangat langsung! dengan nak pulun stadi untuk final exam, otak macam nak jadi gila.apa-apa pun harap aku tabahla kan...cuma sekarang rasa macam ok la sikit...boleh senyum-senyum dah...dalam dok pikiaq xtaw buat apa, aku terpikiaq, pasai pa aku nangis semalam. awat jadi sensitif macam tu sekarang ni.jom aku cerita pasai pa orang perempuan ni suka nangis. semua ni pasai experience aku la, hidup hampa xtaw macam mana, maybe hampa xpernah rasa susah. or xpernah menangis , mana nak taw kan ?

Wanita ni memang hatinya lembut...cepat tersentuh...sensitif bertempat dan tak bertempat...=)..macam aku la...aku ni sensitif woo...hikhik!! aku sebenarnya bukanlah sensitif sangat masa dulu-dulu..tapi sejak umur dah meningkat ni sensitif ni berlebih-lebihan pulak...haisshh kadang-kadang aku pun pelik dengan diri aku ni...dah tua agaknya kan..HAHA.

Dulu kan pernah kawan-kawan aku cakap aku tak ada perasaan...sebabnya aku tak menangis masa semua orang menangis...masa tu ada semacam malam muhasabah diri la kan...ala yang pada waktu tu diorang tutup lampu biar gelap-gelap pastu ada seorang yang akan bercakap-cakap dan suruh kita pejam mata dan dia mulalah bercerita dan membayangkan tentang ibu ayah kita...kematian dan sebagainya yang boleh membuatkan orang-orang menangis tu...seingat aku masa tu tingkatan 4...entah apa yang tak kena dengan aku masa tu...kawan-kawan aku dah meraung-raung...berpeluk-pelukan dahni...kiranya baju aku pun basah la dengan airmata diorang...tapi boleh aku tak keluar setitik pun airmata...tahla mungkin sebab aku dah terbiasa dengan program macam tu...jadinya bila berkali-kali aku melaluinya aku pun jadi sudah tidak berperasaan...huhu....boleh terima kot kan alasan aku ni...sebabnya masa mula-mula dulu pun aku menangis jugak...sekali tu saja la..tapi menangis dan gelak...macam orang tak betul pun ada...huhu

Inilah antara alasan kenapa wanita menangis...mereka boleh menangis hanya dengan mendengar cerita-cerita sedih...hati mereka mudah tersentuh...walaupun bukan dengan pandangan mata...cuma mendengar ok..lagi satu kalau baca novel sedih....bukan main la menangis....cuma melalui bacaan jugak wanita akan menangis ok...haa...tu belum tengok cerita korea yang sedih-sedih tu lagi....lagi la sakan la..

Kalau bab tengok cerita korea pastu nangis-nangis tu memang ramaila...mencurah-curah ni airmata...ada yang menangis sampai tersedu-sedan....tak pun ada yang malu tak nak bagi orang tau kata dia menangis...buat-buat tutup muka dengan bantal....cerita korea yang bikin aku menangis walaupun dah tengok berkali-kali adalah cerita autumn in my heart... tersentuh sangat-sangat...uwaaa nak nangis...sensitif kan wanita ni...tengok cerita pun boleh menangis!

Aku ni kan jarang kena marah dengan mak ayah aku...tapi kan bila mak atau ayah aku marah...aku akan masuk bilik and menangis diam diam....sensitif kan aku...tu belum kena pukul lagi...tapi sampai sekarang belum lagi la kena pukul pukul ni.aku ni bukan apa...bila aku kena marah dengan orang yang aku sayang memang aku jadi sensitif berlebih-lebihan....
Contoh lain bila aku kena marah dengan orang lain tak kira la bf ka, bos ka, lecturer ka,aku akan rasa macam nak nangis. sebab tu bila ada orang tinggi suara sikit kat aku pun tak boleh. rasa macam orang tu nak marah. mula la airmata aku bergenang...pastu mulala nak kecik-kecik hati...pastu mulalah nak hantar mesej merepek-merepek kan...payah la ada hati sensitif macam ni.

Lagi situasi...hati aku ni cepat tersentuh bila aku tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dah berusia ni....kalau diorang ni jalan sorang-sorang...tak kisahla sama ada aku jumpa kat bandar ka...tengah shopping ka....tengah beli makanan ka....tengah tunggu bas lagi-lagi la....aku memang rasa nak menangis tau...bergenang je airmata aku...tu belum lagi aku tengok kat rumah orang tua....hari tu aku tengok dalam surat khabar pun aku dah mula sedih...sedih sangat...

Aku jugak akan menangis bila aku berhadapan dengan masalah yang aku tak mampu nak selesaikan...macam yang sekarang, stadi last minit, rasa otak dah penoh sangat,tambah tambah pulak ada masalah cinta cinta ni,...menangis ja kerja aku...sebab aku tak tau apa aku boleh buat?? apa tindakan yang boleh aku buat....aku tak boleh buat apa-apa....jadi aku menangis je lah! masalahnya ni dok saja-saja ni...bergenang je airmata aku...hah apa lagi menangis je la kan senang! ambik!

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh aku nak bagi ni....tapi memandangkan aku banyak kerja...nak p basoh kereta aku, nak p jumpa kawan kawan.setakat ni saja la na ? sok sok sambung lagi. (:

Itulah wanita...boleh menangis sebab-sebab yang macam tu saja kan...sangat manis adik-adik...kakak-kakak semua...ok sekian. sayang hampa semua <3, jangan suka nangis nangis macam aku taw. aku tak pa. budak kecik :D

0 comments: